Minggu, 22 Desember 2013
Tema dan Logo Hari Kemerdekaan Yang Ke 56
August 27th, 2013
Setiap tahun kita menyambut Hari Kemerdekaan negara tercinta yang jatuh pada 31hb Ogos . Tema bagi Hari Kemerdekaan Malaysia ke 56 ialah ‘Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku’ .
Tema kali ini lebih bersifat perpaduan dan berorientasikan kepada patriotik dan kesatuan negara bangsa.
Ianya bagi memberikan peringatan kepada rakyat akan kepentingan bersatu mempertahankan negara di samping mewujudkan kesedaran rasa sayang dan cintakan negara.
Konsep sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini akan lebih menjurus kepada elemen-elemen perpaduan, patriotik, kedaulatan dan keselamatan negara.

Selain itu, Sambutan Ambang Merdeka pada 30 Ogos 2013 akan diadakan buat pertama kalinya di Pusat Maritim Putrajaya dan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya.
Acara lain termasuk perbarisan dan perarakan Hari Kemerdekaan di Dataran Merdeka melibatkan persembahan pasukan keselamatan negara yang terdiri daripada gabungan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Pameran aset pasukan keselamatan negara dan demonstrasi lintas udara oleh PDRM dan ATM juga akan mengisi acara pada sambutan hari kemerdekaan nanti.
Tahun 2013 sangat istimewa kerana ia merupakan Sambutan Jubli Emas Hari Malaysia dan sempena itu, negeri Sabah dan Sarawak akan mengadakan pelbagai acara bagi memeriahkan sambutan ini.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai kesemua program dan aktiviti sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-56 dan Jubli Emas Hari Malaysia Ke-50 di laman web www.malaysiamerdeka.gov.my.
Logo Hari Kemerdekaan

Pencipta
Noor Hishammudin bin Omar
Imej grafik bernombor 56 adalah simbolik sempena Hari Kemerdekaan Ke-56. Imej berwarna merah dan putih melambangkan Jalur Gemilang menyaluti simbol 56 menandakan kecintaan dan keharmonian tanahair yang merdeka. Manakala Bulan Sabit melambangkan kedaulatan
Sumber:Nuriz Ibrahim
Related Posts : 56,
dan,
hari,
ke,
kemerdekaan,
logo,
tema,
yang
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar